Tuesday, April 6, 2010

MASAK KETAM PUCUK BELINJAU

Mungkin ramai yang biasa makan keropok belinjau yang rasanya lemak pahit tu, tapi berapa ramai yang tahu bagaimana buahnya atau pokoknya.
Zaman kanak-kanak dulu di kampung memang banyak pokok ni di rumah nenek. Pokoknya jenis saka dan boleh hidup lebih dari 10 tahun. Pokok belinjau menghasilkan buah yg lonjong seperti kacang pistachio. Mempunyai tempurung di bahagian tengah buah yang diselaputi kulit agak tebal berwarna hijau semasa muda dan menjadi merah bila sudah tua. Di dalam tempurung kelapa terdapat isi seakan kelapa yang lemak.
Ini rupa pokok belinjau yang kami tanam, lebih kurang 2 tahun usianya. Belum pernah berbuah lagi, tapi dah lebih dari 5 kali kami mengutip pucuknya untuk dimasak.


Dulu-dulu buah belinjau rebus menjadi makanan kudapan kami di waktu petang. Kini buah belinjau telah dikomersialkan menjadi keropok atau emping belinjau yang banyak dijual di pasaran pada harga yang agak baik.

Masak air pucuk belinjau bersama ketam.

Lebih sedap jika dihidang bersama nasi panas dan sambal bunga kantan.

Dihidang pula dengan sambal goreng tengahari tadi, menambat selera.

Nasi goreng kampung hidangan tengahari yang masih berbaki, sangat digemari anak-anak.


Selain buahnya boleh direbus dan dimakan begitu saja atau dijadikan keropok atau emping belinjau, pucuknya yang muda boleh dibuat sayur. Lazimnya pucuk belinjau dimasak air bersama ikan bilis atau ketam, masak lemak putih bersama udang atau masak asam rebus bersama tempe.

SAMBAL BUNGA KANTAN

Bahan:
2 kuntum bunga kantan- mayang
200 g ikan bilis- rendam
secawan cili padi-
2 labu bawang besar- mayang
sedikit minyak


Caranya:

Tumbuk cili dan ikan bilis secara kasar.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga layu.
Masukkan cili dan bilis tumbuk, kacau rata.
Masukkan hirisan bunga kantan dan perisakan dengan garam.
Sedia untuk dinikmati.

Wednesday, March 10, 2010

MENYINGKAP KHASIAT TANAMAN DI SEKELILING RUMAHKU- 2


Petawali
Batang Patawali jika direbus dan diminum airnya dapat mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
Kajian saintifik membuktikan tumbuhan itu mengandungi bahan jattrorrhizine yang mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Mengamalkan meminum air rebusannya dapat menghindari kita dari digigit nyamuk, disamping dapat menurunkan tekanan darah tinggi, melegakan lenguh dan sengal-sengal dan meningkatkan selera makan.
Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).
Mencampurkan batangnya dalam minyak boleh digunakan untuk mengurut badan. Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.




Ginseng Jawa .
Daunnya dijadikan ulam untuk menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan,menambahkan air susu bagi ibu yang sedang menyusukan anak.Akarnya direbus dan diminum airnya untuk meredakan masalah batuk dan masalah paru-paru yang lain seperti asma.

Daunnya jika ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah dan ditampal pada bisul, boleh merawat bisul tersebut

Di kelantan orang Melayu biasanya menjadikan akar ginseng sebagai ulam mentah. Kaum cina pula menjadikan tumbuhan ini sebagai sayur.


Sireh

Sireh banyak kegunaannya. Air rebusan beberapa helai daun sirih digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas haid dapat menyembuhkan keputihan. Mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan membiarkan dalam mulut seketika sebelum diluahkan, dapat melegakan nafas berbau.
Berkumur-kumur dengan air rebusan daun sireh 2-3 kali sehari boleh meredakn gusi bengkak dan nafas berbau.Untuk menghilangkan bau badan pula elok mengamalkan meminum air rebusan sireh dan gula batu atau menggosok daun sireh yang sudah diramas semasa mandi terutamanya di bahagian ketiak.

LABU AIR TERBESAR HASIL TITIK PELUH AYAH!!


Labu air atau labu botol. Nama saintifiknya Lagenaria siceraria, famili Cucurbitaceae.... Ini merupakan buah pertama hasil tanaman ayah... tak sangka sebesar ini. .

Beratnya 3.8 kg, panjangnya 58cm dan ukurlilitnya 48cm.


Waa... beratnya boleh guna untuk senaman angkat berat nih...hehe...


Ni ler rupa pokoknya yang merambat di pokok rumput Napier....

Pandai labu ni menyorok dari musuhnya....lalu lalang kat sini hari2 pun boleh tak perasan pakok ni dah berbuah...Alhamdulillah...

Ada yang sedang berbunga...

Ada juga yg sedang berputik buahnya...

Wahhh lebih panjang dari sesiku Arsyad...

Yeaaa... yg ni dah nak sama sesiku Iera....


Benihnya dibeli sewaktu pameran MAHA 2008. Banyak juga benih yang disemai, tapi yang tumbuh dan menghasilkan buah hanya sepokok. Itupun mujur buahnya tersorok di celah rumput Napier yg merimbun, kami yang lalu lalang setiap hari pun tidak menyedari pokoknya sudah berbuah.

Beberapa bulan yg lalu memang banyak bunga yang mengembang, tapi kami tidak mengharap akan menghasilkan buah...rupanya boleh sebesar ini hasilnya...Alhamdulillah!!!

Entah macamana, petang tadi sewaktu melintas di sebelah pokok labu ni, ayah terperasan akan buahnya yang tersorok sedikit di bawah rimbunan rumput Napier.

MENYINGKAP KHASIAT TANAMAN DI SEKELILING RUMAHKU- I

Bunga Gardenia atau Jasmin. Juga dipanggil Bunga Cina atau bunga Susu


Bunga Cina, banyak ditanam untuk pagaran. Khasiat air rebusan akarnya boleh merawat demam panas,sakit kepala dan makan tak hadham. Bunganya banyak digunakan untuk membuat minyak wangi. Air rebusan bunga dan akarnya boleh merawat pendarahan. Daunnya jika ditumbuk boleh ditampal ke kepala yang sakit @ merawat bengkak susu.


Bunga Ixora atau Siantan @ Jejarum @ Pecah Periuk....Di laman kami ada siantan merah, kuning dan putih... Siantan putih jarang berbunga dan pokoknya tidak sesubur siantan merah dan kuning...

Antara khasiatnya: Bunganya direbus atau direndam di dalam air mendidih dan diminum untuk merawat disentri bronkitis yang banyak kahak @ hingus. Juga boleh merawat memulas perut, batuk darah dan keputihan...
Akarnya jika direbus dan diminum airnya boleh merawat kencing kotor, rasa mual dan kurang selera makan.

Saturday, January 2, 2010

TANAMAN HERBA

Rumput liar ni rupanya boleh merawat Gout...kunyah jer daunnya hari-hari InsyaAllah...
Pokok Petawali ni daunnya pahit... arwah nenek dulu rebus batangnya dan minum airnya supaya nyamuk tak berani gigit...pahit giler...
Ni ginseng Malaya...akar dia cam ginseng juga...khasiatnya pun cam ginseng...
Pokok Sireh ni pun dah lebih 10 tahun kami jaga..dah beberapa kali dipindah biakan...dalam pasu kecut je pokoknya...bila pindah ke tanah bekas reban arnab pulak tu...subur sungguh...siapa nak sket meh la singgah...nak buat sireh junjung ke...
Pokok Limau purut hasil tanaman arwah Ibuku...dah 13 tahun usianya.. tapi rendang tak berbuah...
Orang kata ni Habbatus Sauda...ya ke...pucuk dia memang harum...ada jiran bagitau boleh buat kerabu...kami tak pernah pun...
Pokok Setawar ni macam dah tawar hati jer nak hidup...tapi dia memang cam tu...lepas ni bila bubuh baja dia akan subur semula...pokok jenis semusim..
Pokok Tembaga Suasa ni gunanya kalau terseliuh ...layurkan atas api sekejap then balutkan kat kawasan terseliuh tu, balut ngan kain..InsyaAllah...kalau takat jatuh basikal tu ok kot...

Pokok Halia Bara..tak pernah nampak dia berbunga...dah 10 tahun tanam dan di pindah biakkan..
Pokok Vanila yg dibeli masa pameran MAHA...alhamdulillah hidup suburrr...
Pokok pandan yang tumbuh subur di dalam paya....Ular cukup berkenan tinggal di sini..
Rimbunan pokok serai...malangnya lalang kat luar pagar tu lagi subur nampaknya...


Tanaman Herba apa yang kita ada.... sebenarnya tanaman herba ni dah lama diusahakan, cuma kadang bila kita tak tahu menafatnya, biar jer begitu.... mana yang survive tu alhamdulillah hidup hingga kini,.. mana yg tinggi rumput dari pokok... alamat pupus lah dia...

Antara herba yang ditanam di perkarangan rumah kami... sireh, bakawali, halia bara, aloe vera, serai,setawar, serai wangi, ....