Wednesday, March 10, 2010

MENYINGKAP KHASIAT TANAMAN DI SEKELILING RUMAHKU- 2


Petawali
Batang Patawali jika direbus dan diminum airnya dapat mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
Kajian saintifik membuktikan tumbuhan itu mengandungi bahan jattrorrhizine yang mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Mengamalkan meminum air rebusannya dapat menghindari kita dari digigit nyamuk, disamping dapat menurunkan tekanan darah tinggi, melegakan lenguh dan sengal-sengal dan meningkatkan selera makan.
Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).
Mencampurkan batangnya dalam minyak boleh digunakan untuk mengurut badan. Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.




Ginseng Jawa .
Daunnya dijadikan ulam untuk menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan,menambahkan air susu bagi ibu yang sedang menyusukan anak.Akarnya direbus dan diminum airnya untuk meredakan masalah batuk dan masalah paru-paru yang lain seperti asma.

Daunnya jika ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah dan ditampal pada bisul, boleh merawat bisul tersebut

Di kelantan orang Melayu biasanya menjadikan akar ginseng sebagai ulam mentah. Kaum cina pula menjadikan tumbuhan ini sebagai sayur.


Sireh

Sireh banyak kegunaannya. Air rebusan beberapa helai daun sirih digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas haid dapat menyembuhkan keputihan. Mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan membiarkan dalam mulut seketika sebelum diluahkan, dapat melegakan nafas berbau.
Berkumur-kumur dengan air rebusan daun sireh 2-3 kali sehari boleh meredakn gusi bengkak dan nafas berbau.Untuk menghilangkan bau badan pula elok mengamalkan meminum air rebusan sireh dan gula batu atau menggosok daun sireh yang sudah diramas semasa mandi terutamanya di bahagian ketiak.

LABU AIR TERBESAR HASIL TITIK PELUH AYAH!!


Labu air atau labu botol. Nama saintifiknya Lagenaria siceraria, famili Cucurbitaceae.... Ini merupakan buah pertama hasil tanaman ayah... tak sangka sebesar ini. .

Beratnya 3.8 kg, panjangnya 58cm dan ukurlilitnya 48cm.


Waa... beratnya boleh guna untuk senaman angkat berat nih...hehe...


Ni ler rupa pokoknya yang merambat di pokok rumput Napier....

Pandai labu ni menyorok dari musuhnya....lalu lalang kat sini hari2 pun boleh tak perasan pakok ni dah berbuah...Alhamdulillah...

Ada yang sedang berbunga...

Ada juga yg sedang berputik buahnya...

Wahhh lebih panjang dari sesiku Arsyad...

Yeaaa... yg ni dah nak sama sesiku Iera....


Benihnya dibeli sewaktu pameran MAHA 2008. Banyak juga benih yang disemai, tapi yang tumbuh dan menghasilkan buah hanya sepokok. Itupun mujur buahnya tersorok di celah rumput Napier yg merimbun, kami yang lalu lalang setiap hari pun tidak menyedari pokoknya sudah berbuah.

Beberapa bulan yg lalu memang banyak bunga yang mengembang, tapi kami tidak mengharap akan menghasilkan buah...rupanya boleh sebesar ini hasilnya...Alhamdulillah!!!

Entah macamana, petang tadi sewaktu melintas di sebelah pokok labu ni, ayah terperasan akan buahnya yang tersorok sedikit di bawah rimbunan rumput Napier.

MENYINGKAP KHASIAT TANAMAN DI SEKELILING RUMAHKU- I

Bunga Gardenia atau Jasmin. Juga dipanggil Bunga Cina atau bunga Susu


Bunga Cina, banyak ditanam untuk pagaran. Khasiat air rebusan akarnya boleh merawat demam panas,sakit kepala dan makan tak hadham. Bunganya banyak digunakan untuk membuat minyak wangi. Air rebusan bunga dan akarnya boleh merawat pendarahan. Daunnya jika ditumbuk boleh ditampal ke kepala yang sakit @ merawat bengkak susu.


Bunga Ixora atau Siantan @ Jejarum @ Pecah Periuk....Di laman kami ada siantan merah, kuning dan putih... Siantan putih jarang berbunga dan pokoknya tidak sesubur siantan merah dan kuning...

Antara khasiatnya: Bunganya direbus atau direndam di dalam air mendidih dan diminum untuk merawat disentri bronkitis yang banyak kahak @ hingus. Juga boleh merawat memulas perut, batuk darah dan keputihan...
Akarnya jika direbus dan diminum airnya boleh merawat kencing kotor, rasa mual dan kurang selera makan.