Wednesday, March 10, 2010

MENYINGKAP KHASIAT TANAMAN DI SEKELILING RUMAHKU- 2


Petawali
Batang Patawali jika direbus dan diminum airnya dapat mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
Kajian saintifik membuktikan tumbuhan itu mengandungi bahan jattrorrhizine yang mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Mengamalkan meminum air rebusannya dapat menghindari kita dari digigit nyamuk, disamping dapat menurunkan tekanan darah tinggi, melegakan lenguh dan sengal-sengal dan meningkatkan selera makan.
Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).
Mencampurkan batangnya dalam minyak boleh digunakan untuk mengurut badan. Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.




Ginseng Jawa .
Daunnya dijadikan ulam untuk menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan,menambahkan air susu bagi ibu yang sedang menyusukan anak.Akarnya direbus dan diminum airnya untuk meredakan masalah batuk dan masalah paru-paru yang lain seperti asma.

Daunnya jika ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah dan ditampal pada bisul, boleh merawat bisul tersebut

Di kelantan orang Melayu biasanya menjadikan akar ginseng sebagai ulam mentah. Kaum cina pula menjadikan tumbuhan ini sebagai sayur.


Sireh

Sireh banyak kegunaannya. Air rebusan beberapa helai daun sirih digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas haid dapat menyembuhkan keputihan. Mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan membiarkan dalam mulut seketika sebelum diluahkan, dapat melegakan nafas berbau.
Berkumur-kumur dengan air rebusan daun sireh 2-3 kali sehari boleh meredakn gusi bengkak dan nafas berbau.Untuk menghilangkan bau badan pula elok mengamalkan meminum air rebusan sireh dan gula batu atau menggosok daun sireh yang sudah diramas semasa mandi terutamanya di bahagian ketiak.

No comments: